Tuesday 28 October 2014

Monday 27 October 2014

Majlis Anugerah Nilam 2014

Majlis Anugerah Nilam 2014

Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diberi perhargaan di atas kerjasama mereka dalam menjayakan program Nilam. Tahniah










Saturday 25 October 2014

KETUA PANITIA MATA PELAJARAN BAHASA

PN SARINAH BT ZAINI (MA)
PN SITI ZAIHA BT YAHYA(MR)

    BAHASA MELAYU


EN S.THAMLARASON(MA)
                                                CIK ANITA SANTHINI A/P MANI (MR)
                                                            

                                             BAHASA INGGERIS



PN HJH RASYIDAH BT JA'APAR

BAHASA ARAB

EN LEE POH CHEONG
WEI WEI MIN 

 BAHASA CINA

                                                     CIK ANITA SANTHINI A/P MANI 

PENYELARAS BAHASA TAMIL


Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM

Tarikh : 17 - 19 Oktober 2014
Murid Pusat 2 calon SPM 2014
SMK Sg Besar


Ceramah Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Penceramah Jemputan : En. Rosle bin Said
Pegawai SISC+ Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Sabak Bernam





Dasar MBMMBI




Apakah Dasar MBMMBI?

Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.


Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan  bahasa Malaysia sebagai bahasa pdp Sains dan Matematik, meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu pdp,  transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan  serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pdp.



Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris.  Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pdp sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.

Sumber info :

buletinkpm.blogspot.com/2011/11/soalan-lazim-berkaitan-dasar.html?m=1

Bahasa Jiwa Bangsa




Pembentukan suatu keperibadian yang mulia bermula daripada tutur katanya. Lantaran dalam berkomunikasi, susun atur bahasa yang diungkap akan menonjolkan siasah diri dalam khalayak ramai. Dengan bahasalah kita akan dinilai dan gaya bahasa akan mencerminkan akar keturunan kita. Peri penting bahasa dalam berkomunikasi tidak boleh dipandang enteng malah jika kita memperlekehkannya, maka akan buruklah nama keluarga kita. Tuntasnya, kita sewajarnya menekankan penggunaan bahasa yang baik dan sopan seperti mana yang kita selalu perkatakan, “Bahasa Jiwa Bangsa’, kerana dengan tutur kata menggambarkan keturunan kita.

Daripada aspek ketatanegaraan, sesebuah negara hanya mampu mencapai perpaduan dengan menggunakan medium bahasa yang sama. Bangsa Malaysia membentuk benih perpaduan yang kukuh kerana kekuatan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar yang efisien. Malah, sering kali apabila para pelancong asing dating ke sini, mereka setidaknya akan mempelajari bahasa Melayu seperti perkataan ‘Terima Kasih” dan “Jumpa Lagi”. Biarpun penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas, namun bahasa Melayu masih lagi menjadi keutamaan warga Malaysia dalam pertuturan tidak kiralah di mana-mana sahaja. Fokusnya, dengan wujudnya pendekatan bahasa, perpaduan dapat dibentuk sekaligus merealisasikan semangat kebangsaan warga Malaysia.

Sumber info :

Sekapur Sireh

Assalamualaikum WBT.Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya Blog Bidang Bahasa SMK Sg Besar ini dapat dilahirkan . Terima kasih di atas kerjasama Ahli Jawatankuasa yang terlibat. Semoga blog ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.