Saturday 25 October 2014

Bahasa Jiwa Bangsa




Pembentukan suatu keperibadian yang mulia bermula daripada tutur katanya. Lantaran dalam berkomunikasi, susun atur bahasa yang diungkap akan menonjolkan siasah diri dalam khalayak ramai. Dengan bahasalah kita akan dinilai dan gaya bahasa akan mencerminkan akar keturunan kita. Peri penting bahasa dalam berkomunikasi tidak boleh dipandang enteng malah jika kita memperlekehkannya, maka akan buruklah nama keluarga kita. Tuntasnya, kita sewajarnya menekankan penggunaan bahasa yang baik dan sopan seperti mana yang kita selalu perkatakan, “Bahasa Jiwa Bangsa’, kerana dengan tutur kata menggambarkan keturunan kita.

Daripada aspek ketatanegaraan, sesebuah negara hanya mampu mencapai perpaduan dengan menggunakan medium bahasa yang sama. Bangsa Malaysia membentuk benih perpaduan yang kukuh kerana kekuatan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar yang efisien. Malah, sering kali apabila para pelancong asing dating ke sini, mereka setidaknya akan mempelajari bahasa Melayu seperti perkataan ‘Terima Kasih” dan “Jumpa Lagi”. Biarpun penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas, namun bahasa Melayu masih lagi menjadi keutamaan warga Malaysia dalam pertuturan tidak kiralah di mana-mana sahaja. Fokusnya, dengan wujudnya pendekatan bahasa, perpaduan dapat dibentuk sekaligus merealisasikan semangat kebangsaan warga Malaysia.

Sumber info :

No comments:

Post a Comment