Saturday 25 October 2014

Dasar MBMMBI




Apakah Dasar MBMMBI?

Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.


Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan  bahasa Malaysia sebagai bahasa pdp Sains dan Matematik, meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu pdp,  transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan  serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pdp.



Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris.  Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pdp sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.

Sumber info :

buletinkpm.blogspot.com/2011/11/soalan-lazim-berkaitan-dasar.html?m=1

No comments:

Post a Comment